satu dunia telah dikejutkan dengan virus yang bernama korona. Disebabkan itu, kita diwajibkan untuk burkuarantin di rumah selama 2 minggu. Semua orang terasa bosan duduk di rumah,jadi, saya ingin menceritakan tentang perkara yang saya buat semasa pkp.
Semasa pkp,saya sebagai seorang pelajar hendaklah membuat kerja- kerja sekolah yang diberikan. Pada miggu pertama, agak susah untuk mecari roti jadi ibu saya mencuba untuk membuatnya dirumah. selain itu, tidak heran lagi bagi orang malaysia untuk bake di rumah. Ok, saya pula membuat pelbagai benda menggunakan pen 3 dimensi, kadang-kadang saya akan bermain dengan adik saya ataupun melukis. Selepas dua minggu kita kuarantin, kita semua dkejutkan dengan pkp akan dilanjutkan 1 minggu lagi. semua orang amat kecewa kerana masing-masing rindukan sesama sendiri.
Selepas 1 minggu lagi kuarantin tamat, kami dikejutkan lagi kerana pkp dilanjutkan hingga bulan seteursnya. Saya amat kecewa dengan berita tersebut. Saya mengeteks bersama beberapa rakan sekolah jika terasa bosan. Kadang kala saya tetap bake bersama dengan ibu saya. Dunian diviralkan dengan sejenis kopi yang bernama ''dalgona kopi''. Kami cuba untuk membuat pelbagai lagi jenis makanan. Sudah 2 bulan kita berkuarantin dan bulan ini merupakan bulan ramadan. Bulan ramadan tahun ini agak senang bagi orang islam kerana kita tidak membuat banyak kerja berat kerana kita hanyalah duduk di rumah.
Bulan syawal telahpun tiba. Kami tidak dibenarkan untuk merentas negeri.Kami dibenarkan untuk beraya di rumah kenalan yang berdekatan sahaja. Walaupun kita dibenarkan untuk beraya di umah yang berdekatan tetapi ianya tidak semeriah seperti tahun yang lain. Selepas beberapa minggu, kami tela h dibenarkan untuk pergi ke sekolah.
Sampai disini sahajalah blog saya pada hari ini.
No comments:
Post a Comment